Move On

by - November 21, 2018



Assalamualaikum w.b.t
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Ada ke yang tengah tunggu entry ni?

Kali ni, aku nak share pengalaman aku sendiri bagaimana aku move on!
Ya aku tau ramai yang Broken tapi susah sangat nak move on, aku sendiri mengalami perkara yang sama, memang susah!

Mula-mula aku broken, aku hampir-hampir Depression, aku dah tores-tores pergelangan tangan aku menggunakan pisau, aku tumbuk dinding sampai buku lima aku berdarah, aku menangis tanpa henti dan aku sedikit pun tak rasa lapar, 3 hari aku tak makan cuma minum air. Hilang segala selera aku disebabkan broken 😢

Satu hari tu, aku duduk termenung sorang-sorang, aku terfikir "sampai bila aku nak meratapi kesedihan macam ni? sampai bila selera makan aku nak normal macam dulu balik? mana najwa yang dulunya seorang yang kuat makan? Aku tak boleh lemah macam ni, aku tak boleh siksa badan aku macam ni sebab tak ada seorang pun yang peduli.

Aku mula minta pandangan dan nasihat dari sahabat baik aku, banyak jugak nasihat yang dia bagi untuk aku bangun semula setelah jatuh terduduk. Aku mengadu pada adik beradik aku yang lain, Aku mengadu pada Allah, sampai aku dah betul2 penat mengadu, aku ambil keputusan untuk buang segala-galanya.

Aku buang segala memori yang aku simpan.
Nak lupakan segalanya memang susah, tapi kena ada usaha. Apa yang aku buat,
Aku delete semua gambar-gambar yang penuh dalam memori telefon aku.
Aku block Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan No telefon.
Kenapa perlu lakukan semua tu?? SEBAB NAK CEPAT MOVE ON!


Mula-mula memang susah, sebab tiba-tiba sahaja hidup kau akan jadi kosong...
Tapi tak payah sedih, kau tenang je, dengan cara aku, aku akan PAKSA kawan aku keluar enjoy dengan aku, aku tak boleh berkurung diri dalam rumah, tu yang membuatkan aku teringat kenangan lalu. So, aku enjoy puas-puas kat luar, balik rumah mesti penat, dah tak ada masa nak fikir hal-hal lain, kau tidur je sebab penat. Tapi sampai satu masa aku tak tahan untuk pendam sorang-sorang, aku akan luah dekat kakak-kakak aku. So, yeah diorang sangat-sangat memberi aku semangat balik. Kata mereka, aku masih muda, enjoy your life puas-puas, pasal jodoh, berdoa je banyak-banyak.


So yeah! aku dah boleh move on! cepat kan? buat apa nak buang masa lama-lama? kan?

You May Also Like

0 comments