• Home
  • About
  • Contact
    • Category
    • Category
    • Category
  • Shop
  • Advertise

Najwa Harun

Assalamualaikum...
Dah lama ye aku menyepi dari dunia blogger ni.. rindu nak menulis, tapi tulah, kurang rajin sikit.. yeke sikit?? HAHAHA...

Entry kalini aku nak hargai sikit nilai persahabatan seorang sahabat aku Wani atau nama penuhnya Nurul Syazwani binti Azmi..
Aku kenal dia masa aku form 6, STPM di SMK Dato' Syed Omar 2012/2013 , Alhamdulillah sampai sekarang kami rapat, makin rapat ada lah.. dia lah boyfriend aku, girlfriend aku, kakak aku, abang aku, adik aku kadang-kadang dia akan jadi makcik aku atau lebih dikenali sebagai makcik bawang aku.. hahahaha.. k gurau!

yeah! she's my baby

Aku tak pernah ada kawan serapat ni, dulu ada sorang, tapi dah jadi bini orang.. takkan nak ganggu life dia lagi kan?? so sekarang aku akan ganggu life minah ni.. 

Apa yang special sangat minah ni dalam hidup aku? Ofcourse la dia penting! Antara orang yang penting dalam hidup aku.. Dia la kawan susah senang dengan aku. Aku susah, dia sentiasa ada and bagi support kat aku, kalau aku senang pun dia sentiasa ada untuk aku.. Thanks babe! 

Aku tau hang akan baca blog aku, tapi bukan dalam masa terdekat ni.. jangan terharu tau?? aku saja tak mau bagitau hang pasal entry ni, biaq hang rindu aku, lepastu hang stalk blog aku ni.. hahaha..



Dia makhluk yang susah nak cakap "TIDAK", Kalau aku ajak pi mana-mana mesti dia sanggup teman aku.. Kalau dia free mesti dia akan onz punya... payah laa dia nak cakap tak onz!
Dulu boleh dikatakan setiap minggu mesti nak hangout sama2.. shopping sama2, makan sama2, nasib tidur ja tak sama2.. hahaha.. 


Wani sekarang stay dekat penang, dia bukan nak menjauhi aku, tapi sekarang ni dia dah duduk dengan mak dia kat sana.. rindu mak barangkali.. yela dia duk sini, sekolah kat sini, mak duk kerja kat penang, kalau aku jadi dia pun aku akan pi duduk dengan mak aku jugak kat penang.. hehehe..

Eleh, Penang dengan Alor Setar bukan jauh mana pun, setiap bulan mesti aku akan pi penang jumpa minah ni, kalau tak jumpa dalam sebulan tu memang tak sah, kalau aku takpi penang, dia yang akan balik Alor Setar.. Rinduuu~ gedik sebenarnya

gambar bila ni siot?

Ada haritu, aku pekena minah ni..
aku cakap kat dia yang aku perlukan pertolongan dia, ni antara hidup dengan mati..
lepastu dia terus call aku tanya kenapa, dia punya risau macam aku ni nak mati dah.. hahaha
Tapi time tu aku terdesak nak pinjam duit sebab mouse aku rosakkk... 
Hahahaha wani punya mengelabah ingat aku masuk hospital.. sorry babe! 
SAYANGGG HANG!

Paling specialnya wani ni, dia selalu menjadi pendengar yang terbaik, nasihat aku itu ini, always ada bila aku perlu.. Paling best, kalau rindu dia akan video call aku.. Kalah Boyfriend aku kottt... Hahaha..

ni time buka puasa 2018

minah ni sanggup teman aku tengok konsert SL1M hahaha..


Last but not Least
Thanks babe sudi jadi kawan dan sahabat aku selama ni, sahabat yang tak pernah langsung merungut pasal aku.. kalau salah faham tu biasalahh, adat berkawan kan?

kalau hang baca ni, aku nak hang tau yang aku sayang hang sangat2, jangan curang dengan aku, jangan ada BFF lain selain aku tauuu? hahahahaha..

dah jangan terharu sangat baca blog aku ni..
kbye..












Share
Tweet
Pin
Share
3 comments


Assalamualaikum...
Harini dah seminggu  mimi tak ada kat rumah ni, sunyi? Sumpah aku sunyi.. kalau tak, setiap pagi aku buka pintu bilik, mesti mimi masuk melawat aku ☹️ 

Setiap pagi dia akan tunggu aku iron baju, tengok aku bersiap.. setiap pagi tau!
Tapi bila dia dah takdak kat rumah ni, aku rasa kehilangan sangat.. lagi2 anak2 mimi 😭

Mana mimi?
mimi pi mana???

Bapak aku..
Dia  dah bagi kat orang lain,
Dia takmau ada langsung ada kena mengena dengan Ex Tunang aku..
Sebab mimi tu, Ex Tunang aku yg bagi sempena birthday aku 2 tahun lepas 😢


Ni si mimi..

Ni anak mimi, namanya Abu Nyet 
sian dia, ni lepas sehari mak dia takde.. tetiba jadi manja pelik dengan aku..
Mesti dia rasa kehilangan sangat, sebab dia paling manja dengan mak dia 😭

Apa khabar la mimi sekarang ni kan? Selalunya time-time macam ni mesti dia datang lepak depan pintu bilik aku.. arghh rinduuuu...


Share
Tweet
Pin
Share
No comments


Assalamualaikum w.b.t
Semoga semuanya baik-baik sahaja.
Ada ke yang tengah tunggu entry ni?

Kali ni, aku nak share pengalaman aku sendiri bagaimana aku move on!
Ya aku tau ramai yang Broken tapi susah sangat nak move on, aku sendiri mengalami perkara yang sama, memang susah!

Mula-mula aku broken, aku hampir-hampir Depression, aku dah tores-tores pergelangan tangan aku menggunakan pisau, aku tumbuk dinding sampai buku lima aku berdarah, aku menangis tanpa henti dan aku sedikit pun tak rasa lapar, 3 hari aku tak makan cuma minum air. Hilang segala selera aku disebabkan broken 😢

Satu hari tu, aku duduk termenung sorang-sorang, aku terfikir "sampai bila aku nak meratapi kesedihan macam ni? sampai bila selera makan aku nak normal macam dulu balik? mana najwa yang dulunya seorang yang kuat makan? Aku tak boleh lemah macam ni, aku tak boleh siksa badan aku macam ni sebab tak ada seorang pun yang peduli.

Aku mula minta pandangan dan nasihat dari sahabat baik aku, banyak jugak nasihat yang dia bagi untuk aku bangun semula setelah jatuh terduduk. Aku mengadu pada adik beradik aku yang lain, Aku mengadu pada Allah, sampai aku dah betul2 penat mengadu, aku ambil keputusan untuk buang segala-galanya.

Aku buang segala memori yang aku simpan.
Nak lupakan segalanya memang susah, tapi kena ada usaha. Apa yang aku buat,
Aku delete semua gambar-gambar yang penuh dalam memori telefon aku.
Aku block Whatsapp, Facebook, Instagram, Twitter dan No telefon.
Kenapa perlu lakukan semua tu?? SEBAB NAK CEPAT MOVE ON!


Mula-mula memang susah, sebab tiba-tiba sahaja hidup kau akan jadi kosong...
Tapi tak payah sedih, kau tenang je, dengan cara aku, aku akan PAKSA kawan aku keluar enjoy dengan aku, aku tak boleh berkurung diri dalam rumah, tu yang membuatkan aku teringat kenangan lalu. So, aku enjoy puas-puas kat luar, balik rumah mesti penat, dah tak ada masa nak fikir hal-hal lain, kau tidur je sebab penat. Tapi sampai satu masa aku tak tahan untuk pendam sorang-sorang, aku akan luah dekat kakak-kakak aku. So, yeah diorang sangat-sangat memberi aku semangat balik. Kata mereka, aku masih muda, enjoy your life puas-puas, pasal jodoh, berdoa je banyak-banyak.


So yeah! aku dah boleh move on! cepat kan? buat apa nak buang masa lama-lama? kan?
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Assalamualaikum w.b.t

Dekat seminggu lebih aku murung, tak ada selera nak makan, "eh tak lapar ke? ye lapar tapi tak rasa nak makan pun, aku berkurung dalam bilik, baring atas katil, pusing kiri tak kena,pusing kanan pun tak kena, asyik nak nangis nangis & nangis je. Bila dah ditinggalkan orang yang kita sayang, kita nak buat apa pun jadi serba tak kena.

Aku duduk termenung atas katil, aku fikir "sampai bila aku nak jadi macam ni? sampai bila aku nak buang masa dengan bazirkan air mata?". Aku mula berhubung dengan kawan-kawan sekolah aku, diorang banyak bagi nasihat & support aku dari belakang.

Dalam kesedihan ni, ada seorang hamba Allah tegur
"Awak tak boleh sedih macam ni, awak tak boleh berkurung dalam rumah macam ni, awak kena cari kegembiraan kat luar"
Buat aku terfikir sejenak, ya selama ni aku asyik berkurung je dalam rumah, apa kata kalau enjoy kat luar pulak!

Heh! apa lagi aku keluar pergi makan Seoul Garden, Tengok wayang, Shopping! Yes!! semua tu boleh kurangkan kesedihan aku.

Sampai satu masa, aku bagitau adik beradik aku tentang apa yang berlaku pada aku. Alhamdulillah mereka sangat-sangat memahami, lagi best bila kita tengah jatuh, mereka la yang datang menghulurkan tangan untuk bantu aku bangun semula.

Mak abah?
Ya mak sedikit terkilan atas apa yang berlaku, rasanya lagi 2 bulan nak berlangsung majlis, tapi apakan daya, jodoh ketentuan Allah.

Reaksi abah?
Abah bersyukur aku tak jadi teruskan hubungan ni. Kata abah dari dulu lagi abah tak suka. Ya abah tak pernah bantah dengan pilihan anak-anak abah sebabtu abah diamkan diri. Aku tak mereka cerita, tapi Abah memang betul-betul bersyukur.




Ni conversation abah dengan kakak aku yang sulung. Nampak tak bertapa abah bersyukur sampaikan dia rasa bebanan beribu-ribu. Tak apa abah, dah terlepas dah bebanan yang abah rasa tu. Sesungguhnya firasat orang tua-tua ni boleh dipakai, hehe

Kakak-kakak aku semua bagi nasihat & kata-kata semangat yang boleh buat aku kembali seperti Najwa yang dulu 🙈 Yes! aku tak berkeseorangan, aku ada Mak Abah & Kakak-kakak aku yang lain. Thanks family.

Nak tahu macam mana aku boleh move on? Tunggu...



Share
Tweet
Pin
Share
1 comments


Assalamualaikum,

Hey there, Do you Know me?
ihiks, i'm actually have a blog but this is my new blog of my new life.
This blog i want to share about my new life after i've broken :( so shaddd.

So yeah! enjoy our life!!!

Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Newer Posts

About me

About Me

Seorang wanita kelahiran Kedah kini menetap di Alor Setar, Beliau diberi nama Najwa Nuroni Binti Harun.

Sudah 10 tahun dalam dunia blogging.

Blog ni merupakan blog kedua aku, Blog lama aku : Dunia Miss Kepeng

Followers

Media Social

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Chit Chat Here

Categories

Bulus bff family kawan

Instagram


Blog Archive

  • ▼  2020 (3)
    • ▼  March 2020 (2)
      • Pencegahan Kawalan Pergerakkan (PKP) Day 3
      • Najwa Pi Mana??
    • ►  January 2020 (1)
  • ►  2019 (2)
    • ►  October 2019 (1)
    • ►  March 2019 (1)
  • ►  2018 (3)
    • ►  November 2018 (1)
    • ►  October 2018 (2)

Created with by ThemeXpose